Kempen Interenet Selamat (Kis) Sk Sena

11 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

NADI dan pihak MCMC telah berkerjasama dalam mengadakan Kempen Internet Selamat yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Sena. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang internet dengan cara bermain permainan mengikut checkpoint yang telah diberikan mengikut kumpulan. Hal ini dapat memberi pendedahan secara interaktif kepada pelajar dalam memberikan ilmu pengetahuan justeru menarik pelajar untuk sentiasa peka dalam sesi soal jawab yang diberikan oleh fasilitator.

Selain itu, pelajar juga diberikan pendedahan tentang tanggungjawab mereka ketika menggunakan telefon pintar dalam melayari internet agar terhindar dari bahaya seperti siber buli, red flag, jejak digital dan sebagainya. Para pelajar juga didedahkan dengan talian bantuan seperti Talian kasih 15999, Mercy Malaysia, Be Frienders, Cyber 999, MCMC, PDRM dan membuat laporan melalui media sosial sendiri seperti Facebook, Instagram, Tiktok dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu, adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada komuniti tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, komuniti juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali